Assalamualaikum korang!!!❤
Just nak share je.. sedikit cerita n coretan, mmg takpernah pun bercoret sebelum2 ni. Hahaha.
"Alhamdulillah syukur utk segalanya.. Mungkin ada yg masih taktahu kami pasangan suami isteri mmg full time buat khat start dari zaman belajar lagi sampai skrg.. Huhu."
Dulu2 permulaan kami buat jualan khat, mmg fokus pada khat fully handmade atas kanvas untuk orang buat perhiasan rumah atau hadiah2. Sampai skrg pun still buat lagi, cuma sgt jarang share dekat ig, fb n socmed2 lain. Yang banyak share just untuk buat hadiah2 frame macam kat ig kami @artaz_official.
Tapi sebenarnya still aktif je buat khat untuk perhiasan rumah ni. Contoh2 khat handmade untuk perhiasan rumah macam kat gambar atas tu. Time ni student lagi buka jualan kat Melawati Mall. Kalau nak lebih banyak contoh boleh click di sini.
"Ceritanya macam ni..."
Produk printing.. "Tahu tak apa yg best?"
"Yg bestnya, tulisan khat boleh custom ikut kehendak korang nak tulis apa2 je.. Ayat2, zikir, nama pasangan, nama family n lain2 yang korang nak buatlah. Background pun ada 6 jenis yg berbeza ikut kesesuaian tema rumah korang.." Semuanya mmg hasil drpd kami dan bukan copyright mana2 design kt luar.
Sebelum tu, siapa2 yang berminat nak tahu, minta baca page ni sampai habis, minta fahamkan dan details semua ada kat sini. Apa2 soalan atau yang tak clear terus je tanya. Page ni agak panjang, sbb taknak korang ada salah faham atau lain2. Baca sampai habis. Sebaabbb, kami ada tawaran yang menarik untuk korang semua!
DETAIL PRODUCT PRINTING
Produk ini merupakan produk printing tapi custom tulisan. Korang boleh request apa yang korang nak tulis. Kami akan buatkan. Cuma ada hadnya la. Produk ni sesuai untuk;
1. Perhiasan rumah
2. Hadiah kahwin
3. Hadiah Anniversary
4. Apa2 yang korang fikir boleh buat dengan khat ni lah..hehehe
Bawah ni ada beberapa contoh yang kami dah buat siap design. Contoh untuk hadiah kahwin, hias bilik tidur korang atau rumah family korang.



Contoh atas ni sesuai untuk dijadikan hadiah kahwin, anniversary atau perhiasan bilik tidur.


Contoh atas ni pula ialah perhiasan family tree sesuai juga sebagai hadiah atau perhiasan rumah.
Untuk contoh design-design tulisan khat yang lain, macam design untuk zikir, doa, bentuk2 (single love, rose, couple bird, couple swan) dan lain2, korang boleh request dan rujuk contoh yang ada dekat ig @artaz_official.
SAIZ
Dari segi saiz, kami hanya fix menggunakan satu saiz yang just nice untuk gantung kat ruang tamu, perhiasan bilik tidur dan sebagainya.
Saiznya berukuran:
36x24inci / 3x2feet / ~60x90cm
"~"=Menghampiri nilai
Atau korang boleh tengok gambar kat bawah ni. Gambar ni diukur menggunakan skala saiz yang sebenar.

Rujuk pada petak yang nombor 24x36. Itulah saiz yang akan kami buat.
Berkenaan saiz ni, kalau korang ada nak request saiz lain, boleh bagitahu kami, cuma akan berbeza dari segi harga.
KUALITI MATERIAL
Material yang kami gunakan:
1. Material kanvas ketebalan 330gsm.
2. UV ink coated yang mmg tahan lama.
Kelebihan penggunaan material ni:
Hasil yang lebih sharp dan cantik, warna yang lebih terang dan jelas.
Contoh macam kat bawah ni, cuma kami memang takde contoh produk khat untuk yang baru ni lagi, jadi kami tunjukkan gambar dari servis yang sama akan kami gunakan.
"Hensemkan brother bawah ni. Hahaha. Dialah yang tukang stretchkan kanvas korang jadi frame.."

Kat bawah ni pula, kami bagi contoh kualiti material lain yang biasa orang gunakan.

Gambar diambil daripada seller yang menjual gambar printing, maaf kami hanya ambil contoh bukan untuk memburukkan tapi untuk membandingkan.
"Ada nampak perbezaan?"
Kalau korang tengok gambar ni, gambar ni ada line2 material dan tak berapa sharp. Korang boleh tengok dan bezakan dengan gambar yang dekat atas tadi. Tapi ada orang yang okay je kalau material macam ni. Sebab benda ni subjektif.
Just sedikit perkongsian daripada kami
"Kebanyakan produk perhiasan rumah di luar banyak menggunakan material jenis tarpaulin atau lebih dikenali dengan material yang biasa orang buat banner. Material ni sememangnya lebih murah berbanding kanvas yang kami akan gunakan. Sebabtu ada yang jual terlalu murah. Tapi kualiti yang disajikan tidaklah sama dengan gambar yang diorang guna untuk promote. Sebab diorang promote gunakan gambar yang dihasilkan daripada design2 laptop bukan gambar produk yang dah siap."
"Kami pun sama just promote gambar dari laptop je dan takde produk sebenar. Cuma kami dah jelaskan dari segi kualiti produk yang akan kami buat. Sebabtu page ni agak panjang. Hehehe. Nak bagi clear kat korang."
FINISHING PRODUCT
Kat bawah ni kami kongsikan finishing yang kami buat supaya produk nampak lebih kemas, siap dengan hook dan boleh terus gantung.

Kami sediakan 6 design background yang berbeza untuk korang pilih mana yang korang suka. Design di bawah ni adalah 100% daripada kami dan bukan copyright dari mana2 design kat luar.
Design2 nya seperti kat bawah ni.






Design2 ni semua kami hasilkan menggunakan Adobe illustrator(Ai). Semua khat juga akan dimasukkan ke dalam Ai supaya design tidak pecah dan sharp bila kita print out. Ada lagi satu design background iaitu hitam penuh dan tulisan gold macam contoh family tree yang sebelum ni. So, total ada 7 design la sebenarnya. Hahaha.
DAH SAMPAI PENGHUJUNG!!!
PART HARGA
Yg paling best sekali, harganya tak setinggi harga yg lukisan. Cth kalau lukisan saiz 3x2ft ni harganya RM750-RM950.
Yang printing custom ni hanya RM399 sahaja.
Tapi utk permulaan ni, macam kitorang kata, ada special offer khas utk yg berminat dan percaya kami. Sebenarnya, kalau cari orang designkan khat dlm AI, rate diorang cas biasanya RM350. Tu pun dapat softcopy sahaja. Tapi kalini siap dapat produk fizikal lagi sbb semua drpd kami..
Kami design sendiri, kami yg buat khat dan kami juga yg post kat korang. Kami mencari 10 orang terawal sahaja. Kami hanya jual ikut harga bahan dan proses pembuatan. Iaitu hanyaaaaa
RM149 siap postage!
"Kenapa murahhh?"
Sbb kami takde lagi real produk. Kami nak hargai yang percaya dengan kami untuk menjadi yang terawal. Kami nk bg free tak mampu pula. Huhu.
Khas yg berminat sahaja, kami akan tutup harga ni. Korang boleh pm nombor kami ni untuk jadi 10 yang terawal. Jangan lepaskan harga pengenalan ni tau!
Harga pengenalan RM149
Harga launching RM199
Harga promosi RM259
Harga sebenar RM399
*Korang takperlu isi detail bawah ni tau. Just PM je kami.